BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

kali ini

mencari arah...

oh Tuhan
sinari kiblatku.

sipari-pari menemani mimpiku malam itu. si pari-pari menyentuh bahuku.memelukku ketika dingin menjenguk nadiku.si pari-pari kata "dila, kite sayang dila."

pang!! (adakah aku sedang bermimpi)

yaaaa!!! kau sedang bermimpi...
si pari-pari hanya menjenguk kau di dalam mimpi.
ini bukan reality

aku tersadar dari lena.didepan aku terlihat reality yang sebenar. si kaki kecil sedang memeluk tubuh.menahan diri dari kehilangan keegoan.perlukah? sedangkan mataku tak terkatup hanya menunggu ruang untuk memberinya dakapan cinta.tapi... dia lebih mahu memeluk kekakuannya.

sayang... perlukah kau menatap perginya bahagia yang mahu menjengah? aku disini mahu berikan kau yang terbaik pernah aku miliki dan punya.aku mahu memberi kau madu untuk kau sedut.

sayang... kekasih lelapku sudah jauh pergi. sipari-pari aku juga sudah terbang bersama kekecewaannya yang bersarang kerna egoku. aku tidak punya lagi bintang hati yang dulu memuja setiap apa yang aku lakukan. yang aku punya hanya figura kaku dan memori cinta dia.

sayang...hanya aku yang memuja sisa cinta aku dan dia.tapi kali ini Tuhan hadirkan aku si kaki kecil yang sepi.aku mahu menemaninya. aku mahu bermain pantai dengannya. aku mahu memukul gendang azimat kami. tapi dia lebih rela berada di puncak gunung yang sarat dengan keegoannya. perlukah?

sayang... kali ini aku tidak mahu tersesat.jika aku lemas dalam dakapan cinta itu, aku rela seandainya yang mendakap aku itu adalah si kaki kecilku sayang.aku ingin kau menyeru aku sebagai teman dijiwa kamu. dan... kau kekasih yang aku punya. aku tidak mahu yang lainnya.

0 comments: