28/O7/2006
Lima tahun hidup dalam penafian yang tak pernah berhenti, buatkan Athin hilang identitinya. Hilang ceria dalam keriuhan hidupnya. Susah. Macam mengejar bayang yang tak akan tercapai walau apa cara digunakan sekalipun.
"Aku rasa otak kau dah tak tahu nak dibetulkan fiusnya. Sampai hidup macam ni yang kau pilih dari teruskan hidup dengan takdir yang Tuhan dah bagi. Lengkap dengan orang-orang yang sayangkan kau."
Atiq yang dahulu menegurnya. Walaupun sinis pada tegurannya, Athin tetap senyum. Menjernihkan kekeruhan suasana yang tegang.
"Aku nak kau hidup bahagia. Dengan aku, dengan Ayah, Ibu kau yang memang sayangkan kau. Lupakan pasal dia. Dah lima tahun Athin... Kalau kau nikah, anak kau dah boleh jalan pe..."
Dia menggaru kepala. di ruang sepi ini juga dia bersendirian kala fikiran bukan lagi pada dunia logika. Yang pasti, tempat ini mampu memberi ketenangan yang tak sudah. Ketenangan yang kadang kala diganggu gugat oleh bayangan semalam.
Kata Cikgu Aini...
"Athin... Awak seorang yang very independent person. Tapi dalam bab hati dan perasaan, awak seorang yang kalah dengan hakikat. Hakikat yang orang awak cinta tu memang tak wujud."
Dan kerana Cikgu Aini juga dia kembali ke dunia nyata. Mahu berdiri pada dimensi yang betul. Hidup dia bukan lagi kerana cinta. Bukan juga kerana mahukan bahagia semata-mata. Hidup dia kerana Allah. Dan sampai bila-bila pun kerana Allah...
"Athin! Kelas muzik dah nak mula." Cepat-cepat dia berdiri.
Biarlah segala resahnya berakhir hari ini. Berhenti pada detik permulaan segala cerita tentang hati dan cintanya.
Telinga menangkap butir nota-nota muzik dari mulut En. Rahim Afdi. Mata memandang tepat pada not-not lagu yang ditulis.
Chord Progression
A-C-E = Am
D-F#-A =DM
G-B-D- GM
E-G-B -Em
A-C-E =Am
F#A-D= DM(inv)
B-D-F# = B
E-G-B =Em
Kali ini seisi kelas meneka lagu yang dimainkan. Piano version. Dan hanya dia yang berjaya meneka.

0 comments:
Post a Comment