BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

pacik... sy nak jumpa suha.. 

ini yg dorang sudah buat

kamu suka? 

Suha... 

Pada saat ini, yang akan menentukan kasih sayang kita Hanyalah Allah. kerana aku mencintaimu kerana Dia.

Suha...

Pergilah. aku tahu pergimu bukan meninggalkan cinta kita. Tapi kau pergi dalam senyuman dihati ini, kerna nama kau terukir dan terpatri disana. 

Suha...

Terima kasih untuk perjalanan yang kita lalui. Bukan kau meninggalkan aku kesepian, kau meninggalkan aku dgn penuh cinta dalam setiap perjalanan aku sekarang.

Suha...

Yang akan menentukan kita hanyalah Dia. Aku merindui suara kamu. saat kau laungkan kau cinta aku. aku sudah jatuh hati pada kenyataan ini, dan mahukan biarlah reality ini berterusan...

Suha...

keterlaluankah aku dlm menyayangimu? Tapi sungguh hati ini yang mahu berkata begitu.


Terima kasih...Setia menjadi sahabat yang mencintaiku walau aku tidak lagi memegang potret kita. 


Suha... kita jumpa disana. ya? Tunggu dila...

just thoughts

perjalanan mencipta cinta berkesudahan yang aku tidak jangka. Mengejar cinta, Aku fikr seperti mengejar bayang-bayang. Hampir, tapi tidak mampu untuk ku peluk. Bnarkah cinta itu buta? Atau aku buta dengan masa lalu yang sudah seribu minit berlalu.Yang sudah sejuta saat meninggalkan aku?

Lalu... Atas nama apa aku mahukannya lagi? Rindu? Tapi persimpangan utara selatan memisahkan kita. Timur dan barat juga tidak mahu kita bersama. Walaupun kau hanya satu meter dari jarak aku berdiri, Tapi takdir Tuhan itu tidak menemukan kita. hanya perpisahan di satu simpang kecil. Yang hanya aku tahu kau ada.Tapi tangan aku sudah tidak mampu memanggil kau disana. Kaki aku bagai dipasak kukuh dibumi ini. Yang ada hanyalah jeritan batinku.Yang menjerit hanya didalam sana tidak terkeluar kata apa-apa.

Aku mampukah mengejar lagi? Sedangkan kau hanya didepan mata...