Suha...
Pada saat ini, yang akan menentukan kasih sayang kita Hanyalah Allah. kerana aku mencintaimu kerana Dia.
Suha...
Pergilah. aku tahu pergimu bukan meninggalkan cinta kita. Tapi kau pergi dalam senyuman dihati ini, kerna nama kau terukir dan terpatri disana.
Suha...
Terima kasih untuk perjalanan yang kita lalui. Bukan kau meninggalkan aku kesepian, kau meninggalkan aku dgn penuh cinta dalam setiap perjalanan aku sekarang.
Suha...
Yang akan menentukan kita hanyalah Dia. Aku merindui suara kamu. saat kau laungkan kau cinta aku. aku sudah jatuh hati pada kenyataan ini, dan mahukan biarlah reality ini berterusan...
Suha...
keterlaluankah aku dlm menyayangimu? Tapi sungguh hati ini yang mahu berkata begitu.
Terima kasih...Setia menjadi sahabat yang mencintaiku walau aku tidak lagi memegang potret kita.

0 comments:
Post a Comment